Panduan Pada Hari Pernikahan

Posted by admin 13/02/2017 0 Comment(s)

Setiap pasangan pengantin pastinya inginkan majlis perkahwinan yang diadakan berjalan dengan lancar dan meriah. Anda juga inginkan ahli keluarga,saudara-mara,rakan-rakan dan tetamu yang hadir berasa seronok menghadiri majlis perkahwinan anda. Artikel kali ini ialah beberapa panduan yang boleh dilakukan pada hari pernikahan. Diharapkan ianya dapat membantu anda.

1. Tidur yang cukup

Bagi anda yang akan berkahwin tidak lama lagi, anda haruslah mengambil tidur yang mencukupi sebelum hari pernikahan anda. Ini untuk mengelakkan anda terlewat bangun dan lambat menghadiri acara akad nikah anda. Mengambil tidur yang cukup antara 6-8 jam juga dapat memberi tenaga kepada badan anda di samping ianya dapat mengelakkan mata anda menjadi mata panda.

2. Berdoa 

Sesudahnya anda menunaikan solat subuh, berdoalah dengan bersungguh-sungguh agar akad nikah dan majlis anda dapat berjalan dengan lancar. Memperbanyakkan solat sunat dan zikir kepada-Nya dan berserah kepadaNya.

3. Sarapan

Sebelum bermulanya majlis pernikahan dan persandingan anda, jamahlah sedikit makanan sebagai alas perut. Ini untuk mengelakkan anda berasa lapar ketika majlis dan lebih malu lagi jika perot anda berbunyi dan didengari oleh orang lain.

4. Bersiap awal

Pastikan mak andam datang tepat pada masanya kerana proses untuk bersiap dan makeup memakan masa yang lama. Anda juga diingatkan supaya tidak memakai baju pengantin ketika sedang makeup untuk mengelakkan sebarang kotoran makeup terkena pada baju pengantin anda. Double check butang atau jahitan yang ada pada baju pengantin anda. Apabila anda siap dengan awal, anda juga dapat memperbaiki pakaian kahwin anda sekiranya ada pape berlaku pada pakaian kahwin anda.

5. Berjumpa dengan bridesmaid atau groomsmen

Jumpa sebentar dengan bridesmaid atau groomsmen anda sebelum bermulanya majlis. Ini untuk memastikan mereka mengetahui apa yang perlu mereka lakukan dan untuk memastikan bilangan bridesmaid atau groomsmen cukup untuk membawa dulang hantaran anda.

6. Membawa barang-barang penting

Mintalah bantuan pengapit anda untuk membawa barang-barang yang penting seperti tisu,gincu,bedak,jarum dan juga benang. Anda juga boleh meminta bantuan pengapit anda menangkap gambar anda bersama pasangan menggunakan telefon bimbit anda sebagai kenangan untuk disimpan di dalam telefon bimbit anda.

7. Cincin kahwin

Cincin kahwin adalah perkara paling penting dalam majlis pernikahan. Cincin kahwin merupakan tanda ikatan suami isteri dalam sebuah perkahwinan. Anda perlu double cek cincin kahwin sebelum bergerak ke majlis pernikahan. Anda juga boleh melantik ahli kelurga atau sahabat anda untuk mengingatkan anda.

Leave a Comment