Senarai Pantang Larang Sebelum Hari Perkahwinan

Posted by admin 14/02/2017 0 Comment(s)

Tarikh pernikahan anda telah ditetapkan setelah melakukan perbincangan antara kedua belah pihak dan akan kedengaranlah beberapa pantang larang yang akan diberikan oleh orang-orang tua. Pantang larang ini hanyalah kepercayaan orang dahulu dan menjadi adat turun-temurun untuk dilakukan apabila seseorang itu ingin berkahwin. Setiap pantang larang yang dibuat oleh orang dulu pastinya terdapat kebaikan. Jika anda merasakan ianya sesuai untuk dilakukan dan mendatangkan kebaikan kepada anda, anda ikutlah pantang larang tersebut. Post di bawah adalah beberapa senarai pantang larang  sebelum hari pernikahan.

1) Anda dinasihatkan tidak selalu berjumpa dengan keluarga bakal suami atau bakal isteri untuk mengelakkan fitnah

2) Jangan berjumpa dengan pasangan 40 hari sebelum diijabkabul kerana untuk mengelakkan kata-kata yang kurang manis daripada orang ramai.

3) Anda perlu mendapatkan tidur yang cukup iaitu antara 6-8 jam sehari supaya dapat mengelakkan munculnya kanrung mata.

4) Elakkan makan makanan yang berbau sehari sebelum hari pernikahan seperti petai dan jering.

5) Jika anda mempunyai banyak angin pada badan, minum la air halia kerana ianya dapat membantu badan anda berasa ringan.

6) Jangan sering mandi selepas 10 malam ke atas kerana ianya tidak elok untuk sendi dan juga badan anda.

7) Kurangkan pengambilan makanan laut kerana ianya mempunyai banyak toksid di mana badan anda akan sering menjadi lemah.

8) Jangan tidur secara meniarap kerana untuk memastikan peredaran darah anda berjalan dengan lancar.

9) Mengamalkan makan jamu dari awal lagi kerana baik untuk kesihatan dalaman.

10) Untuk bakal pengantin perempuan, elakkan dari makan timun dan minum air soya kerana timun tidak elok untuk pemprosesan anak manakala minuman soya pula tidak elok untuk alat kelamin.

11) Jangan sering keluar malam dan berembun untuk mengelakkan unsur-unsur jahat.

12) Amalkan urutan badan untuk mengembalikan tenaga dan memulihkan otot-otot dalaman.

13) Jaga hubungan anda dengan Allah dan manusia agar semuanya dapat dipermudahkan.

14) Untuk bakal pengantin lelaki, amalkan pemakanan telur ayam kampung + lada hitam yang ditumbuk + madu seminggu dua kali untuk menambahkan tenaga.

15) Mempelajari ilmu-ilmu berumah tangga daripada orang yang berpengalaman dan mengambil pengajaran daripada mereka.

Leave a Comment