Rancang Majlis Perkahwinan Tanpa Hilang Identiti Anda

Posted by admin 14/02/2017 0 Comment(s)

Menjelang cuti perayaan yang bakal tiba, mesti ramai kawan atau sanak saudara yang mengadakan majlis perkahwinan tetapi pernahkah anda pergi ke majlis perkahwinan kawan atau saudara anda, yang tidak benar-benar berasa seperti ‘diri mereka’? Kesesuaian perkahwinan dengan identiti diri anda adalah sangat penting dan ianya agak mudah untuk dilakukan jika anda bermula dengan perancangan perkahwinan yang teliti dan betul. Oleh itu, jom lihat beberapa panduan perancangan perkahwinan untuk membantu anda menjaga identiti anda.

Mempercayai naluri anda

Setiap orang mempunyai pendapatnya sendiri dan anda selaku bakal pengantin berhak untuk menerima atau menolak pendapat tersebut. Walaupun kawan baik anda mempunyai idea yang bagus tentang perkahwinan tetapi anda tidak setuju dengan idea tersebut, anda berhak untuk menolaknya. Tidak salah jika anda mengikuti atau mempercayai naluri anda tentang perkahwinan kerana ini adalah majlis perkahwinan anda bukan mereka. Bukan bermaksud anda menolak segala idea-idea mereka mungkin ada suku atau separuh yang boleh anda pertimbangkan.

Senaraikan yang anda suka 

Apabila ia datang untuk hiasan perkahwinan, kita sering menggunakan bunga-bunga sebagai hiasan. Anda inginkan kelainan seperti menghias menggunakan sesuatu yang klasik dan berkilat? Kemudian anda seorang yang obses menyimpan barang-barang lama? Jika anda berani dan yang paling penting, anda ingin menjadi diri anda sendiri, tidak kira betapa gila anda berfikir, mungkin anda boleh menggunakan barang-barang itu sebagai hiasan majlis perkahwinan anda.

Senaraikan dengan apa yang anda tidak mahu

Selalunya kerja akan menjadi lebih mudah jika anda membuat senarai panjang semua perkara yang anda tidak suka tentang majlis perkahwinan atau tema perkahwinan. Dengan senaraikan yang anda tidak mahu, ia akan membantu anda mempunyai visi dengan sempurna tentang jenis perkahwinan anda.

Tidak ada peraturan

Siapa kata anda tidak boleh menggantung hiasan di pokok atau membuat majlis perkahwinan dalam hutan? Sebenarnya anda boleh merealisasikan dan melakukan impian itu jika anda mempunyai sedikit pengetahuan dan pasukan yang mempercayai dan menyokong anda dari belakang. Majlis perkahwinan terbaik adalah mereka yang tidak mengikuti trend sebaliknya menjadikan perkahwinan mereka sebagai trend dan mereka percaya dan berani dengan diri mereka. Mereka mempunyai kaedah-kaedah mereka tersendiri.

Leave a Comment