Terma dan Syarat

1) Tempahan diterima setelah pembayaran dibuat kepada pihak pelamin2u secara tunai, online atau

     bayaran tunai. Pembayaran hendaklah dibuat kepada akaun kami   

    Account name         : Nurul Ain Mohamad khdri
    Acoount Number      : 162807107580
    Bank Name             : Maybank Berhad

Sertakan bukti slip pembayaran yang dibuat ke info@pelamin2u.com

**sila smskan nama, amaun bank-in, tarikh majlis dan pakej yang ditempah setelah pembayaran melalui bank dibuat**

2) Berikut adalah cara tempahan :-

  • 40% advance payment perlu dibayar dari jumlah pakej semasa tempahan
  • 50% 1 minggu sebelum tarikh majlis
  • 10 % Balance dibayar pada hari majlis
  • Please send the payment slip to info@pelamin2u.com
**cara tempahan ini hanya untuk pelanggan yang melanggan pakej pelamin penuh , untuk pelanggan yang menyewa barang pelamin , perlu membayar secara penuh .


CAJ TAMBAHAN
Semua pakej yang disediakan adalah dengan harga tetap tanpa kos tersembunyi KECUALI perkara berikut :-
        a) Terdapat penambahan item dari pihak pelanggan contoh :- upgrade pelamin, tambahan item atau aksesori pelamin
        b) Caj Pengangkutan RM200 akan dikenakan.
        c) Caj Overnite RM200 dikenakan apabila persiapan khususnya di dewan dibenarkan selepas 12 malam.

PERKARA BERKAITAN
1) Pakej yang ditawarkan kepada pelanggan adalah untuk majlis sebelah pihak atau majlis bersama di hari yang
     sama sahaja.
2) Hanya satu (1) item sahaja dibenarkan untuk ditolak dalam Pakej Perkahwinan Lengkap dan kadar atau nilai
     item ditentukan oleh pihak Butik.
3) Pemasangan pelamin/kanopi/meja dan kerusi akan dibuat mengikut masa yang dijadualkan, namun pihak
    kami akan membuat pemasangan awal sekiranya dibenarkan oleh pihak dewan.
4) Pembersihan dewan/kawasan selepas majlis adalah tanggungjawab pihak pelanggan.

5) Sekiranya berlaku kerosakan pada barang DIY , pelanggan harus membayar gantirugi samaada tunai atau barang tersebut diganti.

PERTUKARAN TARIKH
1) Pertukaran tarikh tidak dibenarkan @ maximum 2 bulan sebelum tarikh majlis.
2) Pelanggan hanya boleh memilih tarikh yang masih kosong sahaja.
3) Pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika tiada tarikh yang kosong untuk ditukar.

PEMBATALAN TEMPAHAN
1) Sebarang pembatalan pakej hendaklah dimaklumkan kepada pihak Butik dengan kadar segera.
2) Pihak Butik tidak akan memulangkan sebarang pembayaran yang telah dibuat KECUALI atas sebab berikut :-
     (i)  Kematian bakal pengantin (sijil kematian)
     (ii) Lumpuh atau hilang upaya/ingatan bakal pengantin (pengesahan Doktor)
3) Jumlah pemulangan atas sebab item (2) tersebut dibuat sehingga baki kepada Butik ditinggalkan RM1,000.