Tips Kurangkan Kos Kahwin

Posted by admin 13/02/2017 0 Comment(s)

Banyak persediaan yang perlu dilakukan untuk mengadakan majlis perkahwinan seperti baju perkahwinan, katering, wang hantaran, barang hantaran, jurufoto dan juga doorgift. Keadaan pada masa kini membuatkan perbelanjaan perkahwinan semakin meningkat dan anda runsing untuk mengadakan majlis perkahwinan anda kerana duit anda masih lagi tidak mencukupi. Untuk mengurangkan beban kepada bakal pengantin di luar sana, di sini terdapat beberapa tips untuk kurangkan kos perkahwinan.

Tetamu

Anda perlu tetapkan jumlah tetamu dan membuat senarai nama-nama mereka agar tidak ada antara sahabat atau saudara anda yang tidak diundang ke majlis perkahwinan anda. Mengetahui jumlah tetamu yang bakal hadir amat penting agar anda dapat mengira kos untuk makanan, khemah, doorgift dan juga kad kahwin. Ini juga untuk mengelakkan berlakunya pembaziran jika tetamu yang hadir kurang dari anggaran yang telah anda tetapkan.

Tarikh Majlis Perkahwinan

Elakkan dari memilih cuti sekolah atau musim perayaan untuk melakukan majlis perkahwinan. Hal ini kerana, kos untuk katering, pakaian kahwin akan jadi lebih tinggi. Pemilihan baju perkahwinan juga mungkin akan menjadi lebih terhad.

Barang Hantaran

Untuk menjimatkan kos, pilihlah berbalas dulang hantaran yang sederhana sahaja iaitu 7 dari pihak perempuan dan 5 dari pihak lelaki ataupun 9 dari pihak perempuan dan 7 dari pihak lelaki. Hal ini kerana, semakin tinggi jumlah berbalas dulang hantaran,semakin tinggilah kos yang akan dikeluarkan untuk barang-barang hantaran. Anda juga dinasihatkan agar membeli barang hantaran ketika ada sale kerana ianya dapat menjimatkan lagi bajet anda. Untuk bekas atau dulang yang digunakan untuk membawa barang hantaran, anda juga boleh meminjam dari sahabat atau saudara-saudara anda kerana jika anda ingin beli yang baharu, ianya boleh lari dari bajet anda.

Beli Barang Sikit-sikit

Untuk mengelakkan anda terpaksa mengeluarkan wang yang tinggi sekaligus untuk membeli barang-barang hantaran, anda boleh merancang untuk beli sikit-sikit dahulu. Tarikh pernikahan pastinya sudah ditetapkan, dan selepas itu anda boleh start membeli barang-barang.

Kad Kahwin

Jika anda seorang yang kreatif dan mempunyai masa yang tidak terlalu sibuk, anda boleh menghasilkan kad kahwin anda sendiri dan ini pastinya lebih jimat. Untuk kad kahwin ini, tidak perlulah memilih kad kahwin yang mahal-mahal, cukup lah yang simple dan mempunyai maklumat yang jelas tentang majlis perkahwinan anda. Anda juga boleh berkongsi dengan pasangan anda dengan meletakkan tarikh, tempat dan peta ke rumah anda dan pasangan dalam satu kad. Ini dapat menjimatkan kos untuk kad kahwin.

Gubahan Hantaran

Untuk dulang hantaran, buatlah gubahan sendiri dari tempah dengan orang lain kerana anda akan mengeluarkan kos pula untuk setiap gubahan itu. Anda boleh meminta tolong dengan ahli keluarga atau saudara mara untuk bersama-sama membantu anda membuat gubahan hantaran. Begitu juga dengan bunga telur, anda juga boleh membuat sendiri jika anda betul-betul ingin jimatkan kos kahwin anda.

Pakaian Perkahwinan

Untuk mengurangkan kos, anda boleh pinjam dari adik beradik anda atau saudara mara baju untuk majlis pernikahan. Majlis persandingan pula, anda disarankan untuk menyewa sahaja pakaian kahwin dari membelinya. Anda perlu membuat perbandingan harga baju pengantin di kedai-kedai yang ada untuk memilih harga sewa yang lebih murah. Survey yang dilakukan juga dapat mengetahui kedai yang menyediakan pakej-pakej perkahwinan.

Makeup

Anda mintalah bantuan dari adik beradik, saudara mara atau sahabat anda untuk makeupkan anda kerana bayaran yang dikenakan pastinya lebih murah berbanding mak andam di butik-butik perkahwinan. Jika anda seorang yang mahir dalam andaman, anda boleh makeup sendiri dan pastinya anda tidak perlu mengeluarkan wang langsung untuk andaman.

Doorgift

Anda juga boleh menghasilkan sendiri doorgift untuk majlis perkahwinan anda. Tidak perlulah anda beli doorgift yang mahal-mahal hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada tetamu anda. Beri doorgift mengikut kemampuan anda.

Leave a Comment