Tips Memilih Kasut Kahwin

Posted by admin 14/02/2017 0 Comment(s)

Entry kali ini saya ingin kongsikan tips memilih kasut kahwin pula. Kasut juga merupakan perkara utama yang memberi keselesaan kepada pengantin pada majlis perkahwinan. Mungkin sebelum ini kita lebih gemar memakai kasut yang flat dan agak runsing untuk memakai kasut tumit tinggi pada hari perkahwinan agar kelihatan lebih menawan. Jangan risau, jika anda pandai menggayakan kasut flat itu, anda pastinya akan kelihatan menawan. So, artikel di bawah adalah pengkongsian tips memilih kasut kahwin.

  • Memilih kasut yang selesa

Pilihlah kasut yang memberi keselesaan kepada anda kerana anda akan menggunakan kasut tesebut sepanjang majlis perkahwinan anda. Anda juga akan bersalaman dengan tetamu-tetamu yang hadir. Jika kasut anda memberikan ketidakselesaan pada anda, ini akan menyukarkan pergerakan anda untuk berjumpa dengan tetamu yang hadir. Carilah kasut pengantin yang mempunyai padding yang tebal kerana ianya dapat menghilangkan kebas. Kasut yang dibuat dari bahan-bahan semulajadi juga amat sesuai untuk anda kerana ianya lebih bersifat ‘breathability’.

  • Nilai praktikal VS nilai sentimental

Jika anda inginkan sesuatu nilai yang lebih praktikal, anda perlulah mencari kasut yang boleh dipakai selepas majlis perkahwinan anda. Manakala, jika anda inginkan nilai sentimental, anda perlu memberi tumpuan pada kasut pengantin yang boleh disimpan lama untuk diturunkan pada anak cucu.

  • Bersesuaian dengan tema atau warna baju

Tidak kisah sekiranya anda ingin memakai kasut yang flat tetapi anda diingatkan untuk memakai kasut yang match dengan baju persandingan anda. Jika baju kahwin anda warna biru, janganlah memilih kasut warna kuning. Kasut yang berwarna putih ke arah silver lebih sesuai untuk digayakan dengan semua warna baju persandingan. Jika anda seorang yang rajin dan ada kasut kosong yang masih elok tetapi anda sudah lama tidak memakainya, anda bolehlah membuat kasut kahwin diy. Ianya akan memberi kesan yang lebih kreatif dan anda pastinya akan berpuas hati dapat menghasilkan sendiri kasut persandingan anda.

  • Tidak membelinya pada saat-saat akhir

Anda dinasihatkan supaya tidak membeli kasut kahwin anda pada saat-saat akhir kerana dikhuatiri ianya tidak sesuai dengan tema baju persandingan anda. Dengan pembelian awal kasut kahwin, anda boleh mencuba memakai kasut tersebut dan berjalan-jalan di sekitar rumah. Jika anda merasakan ianya sempit atau longgar, anda masih ada masa untuk tukar saiz ataupun membeli kasut yang baru. Itu adalah salah satu kelebihan membeli kasut di awal waktu.

Leave a Comment